Inilah persoalan pertama yang sering timbul. Kebanyakan masalah dalam promosi timbul kerana anda memilih produk yang tidak berkualiti atau langsung tidak diminati orang. Buang masa anda mempromosi gila-gila program affiliate untuk produk yang salesletternya langsung tidak professional dan tidak menarik perhatian orang ramai. Jadi, bagaimana untuk memilih.
1. Produk Yang Komisen/Pulangan Tertinggi
Buat apa membuang masa dengan promosi produk yang komisennya dalam 5% atau jumlah yang kurang dari RM5 setiap jualan. Lebih baik anda tumpukan kepada program affiliate yang mempunyai komisen tertinggi seperti 40% ke atas dan harganya memang mahal. Contoh yang saya sendiri gunakan adalah promosi produk “SEO Elite 4” yang dapat komisen setinggi RM385.54. Produk ini memang berkualiti dan ramai mahukannya.
Selalunya, produk digital seperti E-Book memberi komisen share tertinggi kerana kos pembinaan maklumat tersebut adalah rendah.
2. Produk Yang Dikendaki Ramai
Jika anda promosi tajuk-tajuk yang tidak laku seperti Teknik Membuat Roti Canai, agaknya ada orang tak yang mahu membeli E-Book yang anda promosi? Cari produk yang memang orang mahu. Bagaimana hendak tahu? Gunakan Google Trends dengan pergi ke http://www.google.com/trends.
Cuba buat perbandingan seperti yang saya lakukan untuk roti canai dan make money. Tiada siapa pun mencari bagaimana nak buat roti canai! Agak pelik ada orang mahu jual E-Book bagaimana untuk buat roti canai dan agak pelik lagi jika ada sesiapa mempromosi program affiliatenya.
3. Salesletter Berkualiti
Jika anda menghantar email ke halaman web yang nampak seolah-olah kanak-kanak darjah 3 design, anda ingat orang sanggup keluarkan wang RM10 untuk membeli produk tersebut? Kalau saya sendiri akan was-was dengan ini. Jadi jangan buang masa dengan produk yang salesletternya macam kanak-kanak riang ini. Anda boleh pilih halaman mana yang anda mahu promosi dengan melihat salesletter dan halaman webnya. Tips untuk mengetahui salesletter bagaimana yang anda patut sertai program affiliatenya adalah dengan pergi ke http://clickbank.com/marketplace. Jika anda lihat salesletternya menyerupai atau menyamai taraf yang anda lihat di sini, baru anda sertai. Anda juga boleh menggunakan Alexa untuk lihat trafik salesletter tersebut. Kalau tidak lebih baik jangan buang masa anda yang berharga ini.
Jadi, secara kesimpulannya, gunakan formula TPS iaitu Tertinggi, Produk; Salesletter.
No comments:
Post a Comment